Isnin, Mac 20, 2017

Duda Gila Aku - #HambaliNaimi Part 3

NUR HANNANI binti Harith Hambali, 14 tahun. Nur Humaira binti Harith Hambali, 13 tahun. Nur Hariyah binti Harith Hambali dan Ahmad Hail bin Harith Hambali, sama-sama enam tahun. Pasangan kembar yang kehilangan kembar ketiga mereka, arwah Ahmad Hatim, bersama arwah umi mereka, Hanoom, ketika melahirkan.
Naimi tengok album gambar di tangannya. Diselak dan dibelek satu persatu. Gambar-gambar empat orang anak-anak Hambali memenuhi album tersebut. Semenjak empat anak-anak itu masih bayi sampailah yang terkini. Sebab itu album tersebut agak berat dan besar.
Namun, yang awal-awal Tarik perhatian Naimi adalah susunan album buatan di susunan rak di dalam bilik famili itu. Tapi, hanya ada album kepunyaan Hannani dan Humaira saja. Itu pun sampai sebelum tujuh tahun lepas. Selepas kelahiran Hariyah dan Hail, album itu tidak bergambar lagi. Album Hariyah dan Hail sendiri langsung tak ada.
Kasihannya si kecil berdua itu. Harapkan si baba, dilonggok semua gambar-gambar mereka dalam satu album. Tak kreatif langsunglah lelaki itu!
Naimi letak semula album berat di tangannya ke raknya. Selepas itu dia berjalan sambil sentuh susunan CD dan DVD di rak tersebut. Kebanyakannya adalah filem animasi. Sesuailah dengan anak-anak kecil di dalam rumah ini dan bilik famili ini yang lebih pada bilik tengok wayang gayanya.
Mungkin di sinilah Hambali habiskan masa-masa berkualiti dengan anak-anaknya. Agak Naimilah.
Naimi terus berjalan. Kali ini dia berdiri di depan dinding yang bercat putih. Namun di sana sini ada sentuhan penuhi dinding. Ya, sentuhan tapak tangan berwarna-warni dan pelbagai saiz.
Naimi sentuh cop tapak tangan pada dinding tersebut. Lekapkan tangannya ke situ.
“Hmm, tangan Hail,” ujar Naimi dengan senyuman. Diusap cop tapak tangan tersebut.
Berjalan lagi, tapak tangan Naimi lekap pula ke cop tangan kecil lagi satu. Lebih kecil daripada tadi.
“Hariyah,” sebut Naimi masih tersenyum.
Kemudian dia tengok sekitar dinding itu dengan betul-betul, cari tapak tangan agak besar daripada cop milik pasangan kembar. Tinggi sikit ada cop tapak tangan warna merah jambu terang.
“Humaira,” ujar Naimi.
Yakin. Sebab Humaira memang suka merah jambu. Baju di badan Humaira, atas bawah merah jambu. Hiasan bilik tidur Humaira pun begitu.
Tak jauh dari cop tapak tangan Humaira, ada satu cop tapak tangan tak berapa sempurna. Gaya tapak tangan pemiliknya tak tekap dengan betul ke dinding dah diangkat.
“Hannani. Yang tomboi dan tak suka buang masa. Ulat buku.” Naimi sengih dengan ulasannya. Tapi, memang begitulah si manis Hannani.
“Pandai bakal isteri abang.”
Suara itu buat Naimi alih badan sikit, pandang pintu bilik famili tersebut. Di mana berdirinya Hambali sambil sandar sisi badan pada dinding. Hambali jongket kening dengan senyuman.
Naimi terus tengok dinding depannya semula. Bahaya tengok Hambali di masa ini. Hambali yang santai berT-shirt Nike merah dan washed jeans warna biru. Rambut hitam dan lurus lelaki itu sudah nampak uban antaranya. Tapi, tak pula buruk di mata Naimi. Sesuailah dengan expiry of three series lelaki itu tahun ini.
Yang Naimi paling suka tengok adalah side-burn Hambali yang jelas dah putih. Nampak maco pula lelaki itu. Ditambah dengan bulu-bulu halus pada muka yang kemas ditrim. Jambang yang kemas dan nipis. Kalau nak cium confirm jumpa mulutlah!
Haih, kau ni, Naimi. Kalau pandang dia otak tak ke arah tu tak boleh hidup ke? Naimi marah diri sendiri. Yang semakin entah apa-apa pemikirannya sejak dua minggu kenal Hambali. Pantang nampak Hambali, fikir yang tidak-tidak saja.
Ni siapa yang gersang sebenarnya ni!
“Tapak-tapak tangan kat dinding tu semua, abang mula buat sejak kami pindah masuk sini. Setiap kali hari jadi budak-budak, abang akan mintak dia orang cop tangan kat dinding tu. Saja.”
Naimi kerling Hambali yang jalan masuk ke bilik famili sambil bagi penerangan. Buat hati Naimi jadi berdebar-debar bila lelaki itu makin dekat dan dekat. Bila dah berdiri sebelahnya, Naimi sampai kena atur pernafasan. Sebab wangian tubuh Hambali semerbak serang hidungnya dan kewarasannya.
Ah, Naimi memang dah punah!
“Hmm, sayang sekali awak tak boleh buat cop tapak tangan anak-anak lain kat sini. Yalah, kahwin dengan saya kan takkan dapat anak.” Naimi juih mulut.
Sengaja bangkitkan semula topik itu. Dia tetap nak cuba untuk hentikan perkahwinan mereka. Dan, topik yang selalu dia akan cuba guna adalah pasal dirinya yang takkan beri Hambali anak.
Bila Hambali diam saja, Naimi curi pandang Hambali di sisinya. Aci kerling. Dan, semput nafasnya bila lelaki itu sedang lihatnya dengan pandangan... Tak marah. Tapi, serba tahu.
“You know it’s not gonna work on me, Naimi. Abang reda dengan kekurangan Naimi. Naimi pun kenalah reda dengan kelebihan abang.” Hambali sengih.
Ah, crooked smile dengan crooked teeth itu. Pakej pula dengan lesung pipit yang dalam. Naimi terpaksa pegang dada minta jantung jangan debar laju sangat. Takut Hambali dengar dan gelakkannya. Sebab lelaki ini memang suka senyum dan gelak kepadanya. Dia cakap apa pun, suara gaya mana pun, Hambali tetap senyum dan gelak.
Kena sampuk hantu senyum dan gelak agaknya! kutuk Naimi dalam hati.
“Kelebihan? Apa sangatlah kelebihan awak tu!” cebik Naimi dengan gaya perlekeh.
Hambali setapak dekat dengan Naimi. Naimi tengok dinding di depan, dia tengok Naimi dari sisi. Bahu kanannya disandar ke dinding supaya boleh nampak wajah yang Naimi cuba sembunyi. Tapi, curi tengok dia tetap juga.
Alahai, cute sungguh bakal isterinya ini. Fikir haram lagi, dia sabarkan diri. Kalau dah halal, memang kena terkam dah.
Hambali pandang wajah Naimi. Wajah Naimi ada macam Ayu Raudhah sikit. Baginya muka Naimi bukan kategori cantik, sebaliknya ayu. Nampak feminin. Tambahan pula Naimi suka berdress Muslimah. Tudung pula tutup dada. Bukan sekadar fesyen. Itu sebab pertama dia terima Naimi.
Walaupun kulit Naimi agak gelap bandingnya, namun Hambali suka. Kulit Naimi dan potongan badan sedap Naimi ingatkan Hambali kepada Kajol dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge. Bukan Dilwale di mana Kajol kurus dan cerah.
Sabar, Hambali. Bawak-bawak bersabar. Anak orang ni. Bukan anak ayam untuk big bad wolf macam kau terkam!
“Nak tahu kelebihan abang?” tanya Hambali dengan suara yang perlahan.
Sengaja. Sebab nak Naimi dekatkan sikit mukanya ke muka Hambali untuk dengar.
“Apa?” soal Naimi dengan perlahan.
Tak nak soal, tapi tertanya juga. Gaya Hambali tengok Naimi serupa pukaunya supaya soal juga.
“Kelebihan abang yang hebat sampai dapat lima anak. Hari pertama jadi isteri abang, jangan harap dapat keluar bilik tidur,” bisik Hambali nakal dan gatal.
Besar mata Naimi. Terus jauh berbatu mukanya dari wajah nakal Hambali.
“Eii, bodolah!” getus Naimi tak sempat brek mulut.
Tapi, Hambali tak marah. Lagi terhibur adalah sebab selamba saja dia gelak kuat.
“Hmm, malulah tu,” sakat Hambali sambil arahkan tangan ke dinding.
Di mana tangan Naimi ada, sedang usap cop tangan Hannani dengan dua-dua pipi jadi merah. Bila Naimi nampak tangannya merayap makin dekat dengan tangan Naimi, dengan cepat gadis itu sembunyikan kedua-dua tangannya di belakang badan.
Ini. Ini sebab kedua Hambali bersetuju kahwini Naimi. Cukup jaga batasnya dengan lelaki bukan mahram.
“Taka da maknanya nak malu. Geram gila adalah. Geram dengan laki tak reti malu macam awak. Ingat saya ni siapa dengan awak berani cakap bukan-bukan?”
“Bakal suami Naimi. Sebab tulah abang masih berdiri elok, kan? Kalau laki lain, lama dah Naimi sepak terajang, kan? Ingat abang tak tau?” kata Hambali dengan selamba.
Badannya ditegakkan. Kali ini dia sandar belakang badan pada dinding sambil silang tangan ke badan. Matanya langsung tak beralih dari muka Naimi yang dusky, tapi merah di pipi. Bukan pemerah buatan, tapi pemerah asli. Malu Naimi, buat Hambali rasa makin tak malu kepada bakal isterinya itu.
Sabar, Hambali. Seminggu aje lagi. Enam hari lagi nak nikah, tujuh hari lagi nak sabar. Sila sabar banyak-banyak!
Naimi gigit-gigit bibir bawahnya sambil sesekali curi tengok Hambali. Makin dia jadi serba tak kena dengan cara pandangan Hambali. Kali akhir dia cek, dia masih seorang perempuan, yang tak cukup tinggi, tak cukup putih dan tak cukup sempurna.
Jadi, dah kenapa pula Hambali tengoknya macam dia makanan paling enak dalam dunia! Haisy!
Bila Naimi perasan mata Hambali dah ke mulutnya, yang digigit-gigit sebab semakin gemuruh, terus Naimi kemam mulutnya. Hentikan perbuatannya tadi yang makin menarik Hambali untuk tengoknya macam makanan lazat. Badannya sudah panas serupa bilik famili itu tak berpenghawa dingin pula.
Bahaya, bahaya, bahaya! Hambali sungguh membahayakan kesihatan badannya!
“Kena...” Naimi buka suara dengan cepat. Nak nyahkan suasana yang hanya boleh didefiniskan sebagai sexual tension antara mereka.
Tapi, suaranya keluar halus macam tak nak keluar. Naimi berdeham kemudian, bersuara kembali. “Kenapa bahasakan diri abang? Geli, tau!”
Saja Naimi pilih topik lebih selamat itu. Naimi keliru dengan apa sedang jadi antaranya dengan Hambali. Apa selalu jadi bila dia dekat dengan Hambali.
Menurut Malika atau lebih tepat Dr. Malika, doktor peribadinya yang dah serupa kawan baiknya, itu tanda Naimi dan Hambali saling tertarik. Secara seksual, sebagai pasangan. Malah, mungkin saja itu tanda yang Naimi tunggu selama ini. Bahawa di dalam dunia ada lelaki khas yang telah pun Allah sediakan untuknya.
Tapi, Naimi tak terfikir seperti itu. Bagi Naimi ini hanya tanda dia punya nafsu. Nafsu yang tak pernah dia rasai kepada mana-mana lelaki selama ini. 30 tahun hidup, ini kali pertama dia merasainya. Pure lust!
Dan, ia bukan sesuatu yang baik untuk Naimi. Ia buat Naimi tak boleh berfikir dengan waras. Sebab tiap kali Hambali dekat, otak Naimi hilang fungsi fikir. Deria perempuannya saja berleluasa.
Itu pasal Naimi yang awalnya berniat tak nak kahwin dengan Hambali kini dalam proses untuk jadi bakal isteri lelaki itu. Enam hari lagi dia akan jadi isteri kepada Harith Hambali.
“Sebab Naimi yang panggil abang macam tu.”
Suara Hambali kejutkan Naimi supaya tak berangan lagi. Terus dia alih batang leher ke sisi. “Bilanya? Sejak kali pertama kita jumpa dekat Mines tu awak sibuk bahasakan diri abang, okey. Sepatah saya tak suruh.”
“Well...” Hambali tayang gigi.
Crooked smile with crooked teeth and dimples. Naimi cair!
“Betul jugak. Bukan Naimi yang panggil abang, abang. Tapi, Nimi. This cute little girl, that insisted me calling her Nimi. Malah, Nimi jugak mintak abang janji akan kahwin dengan dia sebab dia tak boleh kahwin dengan Pak Cik Salehin yang baik hati.”
Kali ini Naimi hilang cair. Mukanya jelas peranjat. “Awak abang tu?”
Hambali sengih lagi. “Yup. Dan, itu sebab ketiga abang nak kahwin dengan Nimi yang cute masa kecil dulu dan tetap cute masa dah besar panjang macam ni.”
Hambali angkat belakang badan dari dinding lalu berdiri tegak pada ketinggian asalnya. 30 sentimter lebih tinggi daripada ketinggian Naimi yang cuma 155 sentimeter.
“Jom, makan. Dia orang semua tengah tunggu kita.”
Hambali terus jalan tinggal Naimi yang masih terkebil-kebil untuk fahami apa lelaki itu baru cakap. Maknanya, bukan dua minggu lepas kali pertama mereka bertemu, sebaliknya lebih 20 tahun dulu.
Naimi tak ingat ketika itu berapa usianya. Yang Naimi ingat itu kali pertama dia bertandang ke rumah Mama Hajar. Ketika itu beberapa budak perempuan dan lelaki yang lebih kurang bayanya ejeknya budak miskin sebab dia pakai baju yang tak cantik macam budak-budak itu. Walhal itu baju paling cantik dia ada masa itu.
Paling Naimi ingat masa itu dia gaduh dengan satu budak lelaki yang panggilnya budak comot. Tumbuk sampai berguling atas rumput. Ada seorang remaja lelaki leraikan pergaduhan mereka. Remaja lelaki itu siap sekeh kepala budak lelaki yang panggil Naimi comot.
Lepas itu Naimi nangis. Sebab dia malu dipanggil comot dan miskin. Dia juga sedih taka da orang nak berkawan dengannya di majlis jemputan Mama Hajar yang masa itu dikenali sebagai mak cik saja. Dan, remaja lelaki itulah yang pujuk Naimi sampai Naimi tenang.
Remaja lelaki itu juga yang bawa Naimi jumpa Mama Hajar. Lepas dimandikan oleh Mama Hajar, Mama Hajar pakaikan dia dengan gaun kembang yang sangat cantik. Buat Naimi rasa seperti puteri dan remaja lelaki yang Naimi tak tahu nama, tapi panggil abang itu panggilnnya Puteri.
Naimi minta abang itu panggilnya Nimi sebab itu namanya. Bukan Naimi macam Mama Hajar panggil atau Puteri macam abang itu panggil. Lepas itu abang itu teman Naimi sepanjang majlis tersebut, tanpa diganggu lagi budak-budak nakal yang panggilnya comot. Bila abang itu nak balik, Naimi nangis sakan.
“Nimi sayang abang. Abang tak boleh balik. Nimi tak nak kahwin dengan pak cik. Nimi nak kahwin dengan abang...”
“Okey. Nimi besar dulu. Nanti abang datang cari Nimi. Lepas tu kita kahwin.”
Itu janji abang itu. Lebih 20 tahun lalu.
Dan kini, abang itu telah datang untuk paterikan pinky promise mereka. Abang itu akan kahwini Nimi. Hambali mahu kahwini Naimi.

Tiada ulasan: