Rabu, Mac 15, 2017

Duda Gila Aku - #HambaliNaimi 2


“Abang tetap nak kahwin dengan Naimi.”
Ngangaan mulut Naimi jadi luas. Tutup sekejap, lepas itu buka balik gaya nak cakap, tapi tertutup semula.
Naimi pandang lelaki depannya itu. Tenang sandar belakang badan ke kerusi di Starbucks Mines yang jadi pilihannya untuk pertemuan mereka. Sebab lepas Nazriah dan Hajar campak bom kemudian lari sembunyi kepadanya semalam, terus mereka nyatakan bahawa lelaki ini ajaknya berjumpa. Nak kenal-kenal.
Harith Hambali. 39 tahun. Pakar bius. Anak tunggal lelaki Datin Syimah dan Datuk Hasbi. Anak empat orang. Tiga perempuan, satu lelaki.
Itu apa yang Nazriah dan Hajar maklumkan kepada Naimi semalam. Tapi, mereka langsung tak maklumkan betapa kacaknya lelaki ini.
Gila. Masa Hambali datang ke mejanya sekejap tadi, sapa dengan manisan senyum, hampir nak jatuh novel di tangan Naimi. Mulut pun nganga gaya minta lalat buat persenyawaan di dalam.
Haih! Sungguh Naimi rasa macam baru tentang mata dengan Prince Charming versi Melayu. Tahap kacaknya, adoi rasa nak usung masuk bilik tidur.
Naimi spontan ketuk-ketuk tepi kepalanya dengan dua-dua tangan. Keluar, keluar, keluar! Jangan masuk bilik tidur!
Serius Harith Hambali bikin hati Naimi di tahap marabahaya yang luar biasa. Mana pernah dia tengok lelaki dan terbayangkan bilik tidur selama ini. Naimi tak pernah fikir sampai situ sebab kekurangan dirinya dan sebab tak pernah lagi ada lelaki buat dia terfikir sampai situ.
Harith Hambali yang pertama!
Naimi duduk tegak bila dengan tiba-tiba Hambali di depannya, capai tisu dan panjangkan tangan kiri ke depan. Ke arahnya. Makin tegak badan Naimi sambil mata ke sisi bila Hambali kesat tepi kepalanya, kanan kemudian kiri. Lepas itu Hambali tunjuk tisu yang ada kesan comot coklat.
Jari-jemarinya ada kesan kek coklatlah tadi tu. Dan, ketika dia hentam kepala demi nak keluar dari ‘bilik tidur’ ia terkesan di tepi kepala.
Tanpa hiraukan Hambali yang dah letak tisu di meja dan badan ke belakang kerusi dengan selesa, Naimi ambil tote bag di sisi kaki. Lalu, lalu keluarkan cermin kecil yang dia dapat ketika beli novel Tanpa Awak Macam Nak Gila! atas talian.
Naimi tengok sisi kepalanya. Kanan lepas itu kiri. Malah, tudung bawal puccinya turut dibetulkan lepas pasti tak ada kesan coklat di situ. Dimuncung mulut dan tiup-tiup ke atas supaya muncung depan tudung itu letak elok. Lepas itu Naimi belek kanan kiri, lalu campak semula cermin bulat gaya button badge dengan cover novel, masuk begnya.
Bila Naimi tengok depan, spontan kedua-dua pipinya jadi merah. Sebab Hambali sedang pandangnya. Dengan ralit. Dengan senyum senget. Crooked smile kata mat salih. Dah tu makin ternampak crooked teeth macam pelakon Naimi minat, Tom Hardy. Salah satu gigi depannya terlebih depan banding gigi-gigi lain yang elok teratur.
Ditambah pula senyum itu tonjolkan satu kecacatan yang buat mata Naimi makin terbuai. Hambali ada dua lesung pipit. Yang sangat dalam bila dia senyum. Bila bercakap pun dah boleh nampak. Tapi, tak sedalam bila senyum. Berlubang tahap boleh masukkan jari!
You are so cute!”
Mata Naimi bulat besar bulat kecil untuk seketika. Terkebil sebab tiba-tiba dipuji. Naimi juihkan bibir sambil kerut dahi lepas itu. Apa sebenarnya yang lelaki ini cuba buat? Kepadanya? Pada kewarasannya?
“Kalau Naimi dah jadi isteri abang memang dah kena cium dah mulut muncung tu,” tutur Hambali selamba.
Langsung tak lepas lihat gadis di depannya. Yang makin terkumpal-kumpal dengan asak demi asak daripada mulut selambanya. Naimi jelas jenis tak selesa dipuji. Gaya Naimi macam tak pernah ada lelaki cakap gaya lepas begini dengannya.
Bagus. Hambali pun tak suka kalau ada lelaki lain pernah cakap gaya ini dengan bakal isterinya.
“Ca... cakap entah apa-apa!” kata Naimi dalam terkejut, tapi cuba tayang roman selamba.
Tak nak Hambali tahu cakap-cakap Hambali beri kesan pada hatinya. Perasaan Naimi jadi kucar-kacir dengan mulut selamba Hambali. Pandangan selamba Hambali lagilah buat Naimi tak tentu arah. Hambali pandang dia macam nak angkut masuk bilik tidur.
Adoi, bilik tidur lagi. Keluar, keluar, keluar!
“Abang jenis cakap dan buat. Bukan cakap entah apa-apa ya,” tekan Hambali tak putuskan tenungan ke paras Naimi.
Yang ketika ini sedang tanggung malu. Kedua-dua pipi yang spontan termerah jadi buktinya. Hmm, senang dia nak tahu bila Naimi malu. Rasa Hambali bila marah pun pipi Naimi akan jadi warna merah begini.
“Tunggu dan tengoklah lepas kita kahwin nanti. Tujuh tahun tau abang gersang. Siaplah Naimi abang kerjakan.”
Besar biji mata Naimi dengan mulut tak ada brek Hambali. Gersang? Otak pun mulalah nak ke bilik tidur. Tapi, Naimi sempat tarik otak keluar sebelum ia masuk situ.
Gila! Lelaki ini sungguh bahaya!
Sebab Hambali bukan saja buat Naimi rasa malu sebaliknya juga buat Naimi rasa mahu. Itulah yang paling bahaya sebab tak pernah ada lelaki menimbulkan keinginan yang begitu di hati Naimi.
Kekurangan yang ada kepadanya buatkan Naimi semenjak awal lagi hadkan keinginan entah apa-apa daripada hatinya. Bercinta. Bernikah. Semua itu dia campak masuk ke sudut hati paling dalam dan dikunci dengan ketat.
Sebab Naimi tahu betapa sakitnya hati dan diri bila harapan begitu ada, lalu dihampakan. Dia sudah lalui fasa itu. Jadi, Naimi tak nak jadi dungu dengan bagi can hati merasanya lagi. Cukup sampai situ saja!
Bodolah awak ni!” Spontan Naimi kata begitu. Lepas itu dia tutup mulutnya dengan tangan.
Bodo?” Hambali tanya balik. Mukanya berkerut. Keningnya terjongket.
Alamak! Ni pasallah mama selalu bising kepada Naimi jangan biasakan sebut bodo. Namun, tetap Naimi tak berjaya tak biasakan. Perkataan bodo tanpa H itu pasti dengan laju akan luncur keluar dari mulut Naimi setiap kali dia malu atau gementar.
Sekalipun Hajar picit mulutnya sampai merah satu hari, pun tetap Naimi tak boleh nak tinggal perangai itu bila diselubungi malu atau gementar. Macam sekarang. Dua rasa itu bercampur aduk sampaikan terlepas saja bodo dari mulutnya.
Naimi tengok Hambali dengan tapak tangan tutup mulut. Pasti lelaki ini akan marah. Tengok muka lain macam dan diam lain macam Hambali masa ini pun dia dah boleh agak. Lelaki mana suka dikata bodo di pertemuan pertama? Lelaki bodoh pun tidak!
Eh, kejap, Naimi. Kalau dia marah, satu poin untuk kau. Kalau dia amuk, lagilah banyak poin untuk kau. Maknanya dia takkan terima kau sebab mulut lepas kau ni. Maknanya kau tak payahlah kahwin dengan dia.
Dah kena kutuk secara langsung macam ini, sah Harith Hambali akan tolak kau, Naimi Nur!
Naimi sengih di balik tapak tangan yang tutup mulutnya. Bergeliga sakti rupanya mulut tak ada breknya ini. Serius bodo!
Naimi tunggu saja Hambali bangkit dengan letup marah, lalu tinggal dia di situ. Tapi, bukan itu yang jadi.
“Ke sado?”
Bodolah, bodo!” sebut Naimi dengan geram lepas alih tangan dari mulut.
Pandai pula mamat ni nak perasan sado. Tapi, memang sado pun badan Hambali. Tinggi pula tu. Bukan macam badan Naimi yang serba sedap, menurut kata Hajar.
“Abang tak bodolah, Naimi. Tak apa, dah kahwin nanti apa akan buktikan betapa bijak pandainya abang. Okey?” kata Hambali dengan selamba. Dan, dengan selamba juga kenyit mata.
Lepas itu Hambali capai minuman depannya dan hirup sampai habis. Dia hanya minum. Naimi saja makan kek sambil minum.
Hambali bangun, berdiri. “Dah, kan? Jom.”
Naimi tengok Hambali kemudian tangan Hambali hulurkan ke arahnya. Sambil capai tote bag di sisi kaki, Naimi bangun dan juih mulut.
“Tak kahwin lagi nak pegang orang!” kutuk Naimi. Siap bagi jelingan 360 darjah kepada lelaki itu.
Hambali turunkan huluran tangan. Dia tergelak perlahan.
“Maksudnya dah setuju nak kahwinlah ni, kan?” Hambali jongket sebelah kening.
Pipi Naimi jadi merah. Alamak! Ya ke?
Bila Hambali semakin gelakkannya, Naimi tanpa fikir banyak pukul perut Hambali dengan tote bagnya. “Bodo!”
Hmm, now I know. You always say bodo whenever you’re shy or nervous. Right?” Hambali tayang crooked smile.
Dan, Naimi jatuh terduduk balik ke kerusi. Jatuh badan berserta hati gayanya! Punah!
Hambali pula terus gelak. Tak ada belas kasihan langsung tengok Naimi yang begitu. Bestnya dapat bakal isteri yang cute macam Naimi.
Hambali kitarkan mata ke sekitar Starbuck itu. Dia senyum kepada Nazriah dan Hajar yang sedang cuba bakat spy sejak tadi. Ibu jari tangannya diangkat gaya curi-curi.
Hah! Terjerit dua wanita itu sambil saling peluk.
Naimi yang dah hilang terkejut jadi pinga-pinga. Dia cuba untuk tengok sekitar ruang Starbuck itu dan tingkat itu.
“Kenapa?”
“Macam suara mama dengan Mama Najah.”
“Tak adanya dia orang dekat sini. Dia orang kat rumah dengan mama I. Jom.” Hambali pegang lengan Naimi dan angkat supaya Naimi berdiri.
Bila Naimi berdiri dan kelip-kelip tengoknya, Hambali capai tote bag Naimi dan digenggam. Pergelangan tangan Naimi disentuh di bahagian berlapik.
Naimi agak terkejut. Lelaki pegang beg tangan perempuan, sesuatu yang dia rasa pelik dibuat lelaki. Tapi, sweet bila dibuat suami. Terutama sekali bakal suaminya.
Sah, Naimi punah!

Tiada ulasan: