Khamis, Ogos 21, 2014

Princess Reborn | teaser #3

“Assalamualaikum,” ucap Izat terus menyengih tak henti. Sejak dia keluar rumah tadi lagi dia asyik tayang gigi tak henti. Serius tak boleh nak berhenti daripada senyum, senyum dan senyum. Kalaulah dia boleh buat lagu, sah tajuknya Senyum Tak Payah Kata Apa.
Sampaikan Izam yang menengok dia senyum tak kata apa sempat pesan kepada dia. Jangan lalu depan mana-mana hospital sebab takut-takut ada yang salah sangka dia baru lari keluar dari wad pesakit jiwa. Dalam erti kata lain, dialah pesakit jiwa yang lari dari hospital itu. Tapi, Izat langsung tak ambil hati. Maklumlah, hatinya kan dah sedia diambil orang. Hatinya Intan Nazira yang punya. Insya-Allah, selama hayatnya.
“Waalaikumussalam.” Puan Mawarni berlari anak ke pagar utama rumah teres dua tingkat itu. Senyum makin lebar dia sebaik lihat Izat di depan pintu pagar dengan senyum simpul makna suka hati amat. Hai, hati dia pun ikut suka tengok Izat yang begini.
“Ha, Izat, masuklah. Lama aunty tunggu.” Puan Mawarni senyum bahagia gaya kali pertama hendak keluar temu janji.
Izat gelak perlahan, melangkah masuk ke ruang rumah itu kemudian tolong Puan Mawarni tutup pintu pagar. Bakal menantu misalilah sangat kan. Hehehe.
“Aunty aje ke yang tunggu? Yang sorang lagi tu tak ke? Dia dalam mode jual mahal balik ya?” soal Izat dengan nada bergurau.
Puan Mawarni gelak.
“Biasalah Ira tu kan. Ada pasang surut. Semalam mood sales agaknya. Hari ni mood harga asal. Tapi, kalau tiba-tiba dalam mood naikkan harga pun, Izat tak kisah kan…” ujar Puan Mawarni sambil beriring langkah dengan anak bujang itu.
“Tak kisah dengan syarat.” Izat senyum ada makna sambil perlahan-lahan letak punggung di atas sofa.
“Syarat?” Puan Mawarni jongket sebelah kening, selesa berdiri saja. Sesekali dia kerling arah anak-anak tangga. Harap sangat Nazira akan cepat-cepat turun.
“Sale ke, harga asal ke, tiba-tiba naik harga ke… hanya untuk Izat.” Izat tayang gigi.
Puan Mawarni senyum. “Dah gila bayang sangat ni.”

“Aunty, dah gila orang sangat sebenarnya,” perbetul Izat.

Tiada ulasan: