Khamis, Mac 15, 2012

15 Mac

Hurm... apa kaitannya 15 Mac dengan entri ni? Entah. Tapi saja aje... Hehehe. Sebenarnya saya dah lama berniat hendak berkisah mengenai "Buaian Kasih" kat sini. Kata BNI, nak promo-promolah kan. Kenapa BNI nak promo drama "Buaian Kasih" dan kat mana kaitnya drama "Buaian Kasih" ni dengan BNI? Drama ni tak pernah dibukukan, jadi ia bukan adaptasi daripada novel BNI (walaupun niat nak bukukan ada timbul sebelumnya). Sebenarnya "Buaian Kasih" adalah idea asal dan cerita BNI, dalam bentuk skrin di layar TV.

Sinopsis malas-malas "BUAIAN KASIH"
Kisah Suri dan Qaseh. Suri Merah, Qaseh Putih. Dan Putra tentulah putera ini cerita. Malangnya, kisah Bawang Merah Bawang Putih ini heroinnya Merah, Suri kita, yang tak sedar dia heroin ini cerita. Sebab Merah kata kepada Putra,
"Putera sepatutnya jatuh cinta kepada Putih, bukan Merah!"
Jadi, macam mana yek Putra nak sedarkan Suri yang dia sayang & chenta itu Suri (Merah) dan bukan Putih (Qaseh) (-_^)

Buaian Kasih akan menemui anda mulai 26 March 2012, setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 3 petang di TV1. Lakonan Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Mardiana Alwi, Nadia Zainal & dll.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kak bikash nur idris :)
Saja nk tanya, kenapa x letak sinopsis panjang atau jalan cerita 'Buaian Kasih'?
Teringin nak baca dari awal sampai akhir...
Tgk kt tv pn xsabar nk tunggu episod akhir,hehe

Bikash Nur Idris berkata...

Waalaikumussalam wbt. Terima kasih sebab sudi tengok drama Buaian Kasih. Moga terhibur.
Sinopsis panjang? Alamak, tak retilah. Takut nanti tercerita A-Z, dah tak teruja pulak nak tengok drama ni awak :D