Saya ni jenisnya ada mood. Bukan cite pasal menulis aje ikut mood. Melayan apa-apa cite pun saya ada mood. Ada masa nak layan cite Inggeris. Ada waktu drama Jepun. Kadang pulak mood layan Korea. Lepas tu kodek mood Taiwan. Dan paling suka selalu adalah mood anime. Dan beberapa hari lepas, itulah mood saya. Mood layan anime. Anime ni Ikoku Meiro No Croisee. Masa baca sinopsisnya saja agak prejudis jugak. Tengoklah budak perempuan ni, rendah & kecik macam tak cukup umur. Ingatkan kisah-kisah kalangan Shin Chan. Prejudis sampai cakap kat diri sendiri, nak layan 1 episod aje. Tengok dulu apa kes. Sudahnya, hah... BNI yang apa kes! Tak boleh nak berhenti melayan. Sangat-sangat suka! Comelnya watak budak perempuan ni! Walaupun umurnya tak jelas, tapi saya rasa mungkin dalam 15 tahun (paling tua). Tapi dia sangat comel! Rasa macam nak peluk! Hehehe... Memang tak rugi. Dan tahun depan ada lagi ;)

tolong jawab: Siapa di sini suka tengok drama Hindi/Indonesia/Tamil kat TV yang beratus episod tu? Apa yang buat y'alls sanggup melayannya?


12 cakap-cakap:
Sekarang saya dlm mood tengok anime Gosick :)
korea best~
Fira Hasan. Dah layan. Saya suka :)
Nur Choki Choki. Menunggu Ojagkyo Brothers. Lambat subbed. Tapi tunggu jugak.
akan menyusul tgk nanti..huhu..
Dari Mata Arissa!!! heheh ;p
1)Dendam Terlerai
2)Rahsia Demi Rahsia
3)Senandung Semalam
4)Bulan Bertemu Matahari
4)Cinderella
5)Adamaya
6)Nur Kasih
Hani. Apa yang akan menyusul? Blur sekejap :)
Aisyah. Wah, DMA tak cakap pun nak tengok. Cuma tak ada episod penuh. Ada short version aje :(
Ok, yang lain tu nanti along cari. Cinderella tu yg Mohd Noor Kadir ke?
pelbagai minat...hehe
entah la along...yg sure, cinderella tu haliza misbun n ahmad idham (thn 1998)...dendam terlerai nur aliah lee n rusdi ramli..rahsia demi rahsia eja n mahmud ali basha (ayah arissa ye ;p)...senandung semalam tu ochie, shahrulzaman n sherry merlis...bulan bertemu matahari tu aaron aziz n lisdawati...suma rtm nyer....cinderella, adamaya n nur kasih tv3...
Nas. Sangat ya :)
Aisyah. Cinderellah Haliza Misbun tu memang favorite. 1997 sebab masa tu along tingkatan empat, kat asrama. Nak cerita pasal nak tengok Cinderella tu, boleh siap satu cerpe kut. Sebab macam-macam pengalaman best semata-mata nak tengok drama tu jugak-jugak. Duk asrama kan TV kena catu :P
Uisy, cerita lamalah yek semua yang RTM tu. Tak sangka saya. Hehehe. Nantilah. Along nak cari Cinderella tu dulu sebab memang gian nak tengok tapi tak jumpa site nak tengok online lagi. TQ, buds! ( ^^)
Catat Ulasan