Sabtu, November 05, 2011

Bukan Pilihan Hati | Bab 3

Raniaa menyembam muka di atas bantal dengan tubuh tertonggeng. Kedua-dua tangan erat memaut bantal dengan buntut menghala ke atas.
Betul-betul frust menonggeng ni!
Raahah tersenyum lucu seraya mengerling ke arah Raisya. Beria kakaknya itu menahan sengih. Sebagaimana dia, Raisya turut duduk di samping Raniaa, mengapit gadis itu di kiri dan kanannya, di atas katil gadis itu yang sudah dihias cantik. Cadar semua berganti baru. Daripada kain satin pula tu! Warna hijau lembut, seperti yang Raniaa mahu.
Malah boleh dikatakan semua yang Raniaa minta menjadi kenyataan—walaupun yang paling karut. Contohnya, setiap dulang hantaran hanya berisi kunci—kunci kereta, kunci rumah, kunci peti besi malah kunci almari kasut pun ada!
Belum jadi isteri dah disogok dengan kasih sayang. Bertuah sungguh kakak aku ni, ucap Raahah dalam hati. Gembira buat kakaknya itu. Walau gadis itu tidak berkongsi rasa itu dengannya. Bagi Raniaa, setiap pemberian bakal suaminya adalah satu bentuk rasuah agar hatinya terbuka, agar Fathi jadi pilihan hati.
Raisya menepuk-nepuk bahu Raniaa. “Sudahlah tu. Nia dah tak boleh buat apa lagi. Esok Nia akan jadi isteri dia. Dah tak boleh nak lari dah…”
“Macamlah Kak Nia tak cuba, kan… Rasanya semua peruk dusun buah belakang rumah Kak Nia dah cuba. Mujur majlis esok Abang Fathi tak cadang buat dalam dusun yang hampir jadi tempat tarikh kahwin Kak Nia ditetapkan.” Raahah sengih luas. Lucu mengenangkan usaha kakaknya.
“Kut mana pun… gagal jugak. Jadi, baik jangan lari lagilah esok. Buat malu diri sendiri aje. Dan, kalau tak nak amma jadi protege Neng Yatimah, baik jangan.” Raahah mula duduk bersila di atas katil.
“Is it too bad to be married to him?” Raisya mengelus rambut Raniaa. Dipotong pendek melepasi bawah telinga, lurus. Rambut ala Cleopatra gelarnya.
Raniaa bangun mendadak, memeluk bantal yang jadi mangsa sembam muka tadi. Bersandar pada kepala katil dengan muka tercebik, dia mengatur kata, “Tentulah. Dia dah 40!”
“36!” Raahah ligat menggeleng.
“Dia duda!” Raniaa membesarkan mata.
“Kematian isteri!” Raahah menjongket kening kiri kanan, jongkang-jangking.
“Dia ada anak!” Raniaa mencerun geram.
“Anak buah!” Raahah galak tolak jari telunjuk, ke kiri dan kanan. Tanda, gagal terus!
Raisya tertawa perlahan. Raniaa hanya boleh menahan hati.
“It’s not funny, Aha. I’m very serious about this. Kak Nia tak suka dia. Sangat tak suka!” marah Raniaa meluah perasaan.
“Apa tentang dia yang boleh Kak Nia tak suka? He’s almost perfect, besides my husband… and of course our dear sister’s too.” Raahah meletak dagu ke atas kedua-dua lututnya. Tongkat sementara.
“Dia tak perfect, Aha. Dia lelaki paling teruk Kak Nia pernah jumpa. Dia tak pernah jadi manusia atau lelaki bila berdepan dengan mana-mana studen perempuan dia. He’s cold! Dia pilih kasih antara studen lelaki dengan perempuan. Dan, kami semua ingat dia tak normal, tak straight!”
“Tapi… dia straight, kan? Sebab dia beria nak kahwin dengan Kak Nia dalam sebulan aje.” Raahah mengerutkan dahi.
Raniaa hanya diam. Wajahnya merona. Tapi mujur juga kakak dan adiknya tidak perasan. Dia ada jawapan untuk soalan Raahah, namun dia tidak boleh menjawabnya.
Bukan mulutnya tiada kebolehan untuk dibuka lalu menjawab. Sebaliknya dia tidak mampu lakukannya. Dia lebih boleh fikirkannya semula sahaja.
* * *
“Dr. Fathi buat apa ni?”
Itulah soalannya kepada Fathi, yang duduk di hadapannya, tenang, santai, satu bulan yang lalu. Soalan yang dilontarkan dengan perasaan geram dan sakit hati. Dia rasa digula-gulakan lelaki itu dengan pertunangan tiba-tiba mereka.
“Saya tunang awak, Nia. Bukan lagi Dr. Fathi.” Fathi senyum tipis. Boleh dilihat resah pada gadis di hadapannya itu, walau lebih mahu ditonjolkan adalah geram dan sakit hati.
“Hanya itu yang boleh saya panggil. Selain daripada tu, Doktor,” tekan Raniaa. Mahu nyatakan kepada lelaki itu bahawa gelaran itu tak mungkin terhakis daripadanya. Fathi sampai bila pun Dr. Fathi atau Doktor untuknya. Tak mungkin berubah!
“Hmm, apa kata kalau cuba dengan panggilan… abang?” Menjongket sebelah kening, Fathi masih dengan senyuman.
Senyum itu buat Raniaa terpanar. Senyum yang dia sama sekali tidak pernah lihat selama tiga semester di dalam kelas lelaki ini. Penuh dengan keceriaan, usikan, kenakalan dan godaan. Dan, kalaulah dia gadis biasa, bukan Nur Raniaa Mohd Ilyasa’, sudah lama dia tergoda.
Membawa tegang pada wajah, dia menipiskan bibir, rapat. “Tak mungkin saya panggil Doktor macam tu. Dan, saya dah ada abang!”
“Dah ada?” Muka Fathi berubah. Serius.
Inilah wajah yang dia kenal selama tiga semester. Barulah betul semuanya. Barulah dia tahu siapa di hadapannya kini. Yang tadi adalah orang yang terlalu asing, sampaikan dia tidak tahu perisai yang bagaimana harus diguna untuk menghalang debar hati.
“Ya, saya dah ada!” jawab Raniaa tegas.
Fathi membawa tubuh ke hadapan. Kedua-dua tangannya diletak kemas di atas meja empat segi untuk dua orang yang memisahkan mereka. “Siapa?”
Soalan yang ringkas, satu patah. Namun di baliknya sarat rasa. Tidak puas hati, sakit hati, panas hati dan… cemburu?! Raniaa mengelip-ngelipkan mata. Kaget menerima rasa terakhir itu.
“Siapa dia bukan urusan Doktor. Masalahnya, saya nak Doktor buat sesuatu tentang pertunangan kita ni. Pertunangan ni tak sepatutnya berlaku!”
“Sebab awak nak bersama dengan abang awak?” Fathi membawa tubuh ke belakang, berpeluk tubuh.
Ah, lenggok tubuh seorang pensyarah!
“Bersama dengan abang? Saya masih sayang nyawa saya, Dr. Fathi.”
Fathi mengerut dahi. Hilang sasar pada topik itu.
“Kakak akan bunuh saya dengan kedua-dua tangannya. Bare hands!” Raniaa menggoncang kedua-dua tangan penuh semangat. Seolah sekuat itulah semangat kakaknya dalam membunuhnya nanti—kalau dia berani bersama dengan abang!
“Raisya tu kakak awak, kan?”
“Ya. Dan, abang tu… abang ipar saya.”
“Abang ipar…” ucap Fathi mengangguk faham dan mula ada tenang pada wajah. Hilang segala tegang di situ.
“Yalah. Doktor fikir siapa?” Raniaa pelik.
“Seseorang yang membuatkan awak tak mahu jadi tunang saya. Kekasih hati awak.”
“Mana… mana ada!” Raniaa hampir gagap.
“Bagus.” Fathi senyum luas. “Kalau macam tu tak adalah sebab untuk pertunangan kita ni tak berlaku. Kan?”
“Ada sebabnya!” tegas Raniaa.
Fathi menjongket kedua-dua kening.
“Sera! Ingat tak Sera?”
“Itu kawan baik awak, kan?”
“Ya, kawan baik saya yang simpan perasaan kepada Doktor. Sayangkan Doktor! Itu sebabnya untuk pertunangan ni tak berlaku.”
Senyum penuh godaan itu kembali. Kali ini Fathi bangun dari kerusi, mendapatkan Raniaa di sebelah sana. Dia berdiri di sebelah gadis itu. Tubuh ditunduk sedikit lalu wajah mencari paras manis itu. Paras manis yang terus menyerbu matanya sebaik dia melangkah masuk ke kelas gadis itu pada semester awal Raniaa menjadi pelajarnya.
Mata Raniaa membulat apabila hidung itu hampir dengan hidungnya. Kacak! Begitulah Fathi di matanya. Namun dia selalu buat tak peduli kerana Sera lebih awal perasan. Sera sudah lama jadikan Dr. Fathi Abang Fathinya. Dan, dia tak mahu Sera hilang Abang Fathinya.
“Doktor dekat sangat…” Raniaa anjakkan kepala ke belakang. Namun wajah itu mengikut. Jarak yang cuba dicipta hilang semula.
“Saya tahu, sayang. Dan, kita akan terus dekat macam ni. Takkan ada jarak antara kita.” Fathi kucup lembut dahi Raniaa seraya mengerdip mata. Lucu melihat mata Raniaa membesar kerana dia terlalu hampir dan itu mengejutkannya.
Raisya tegak, menahan nafas. “You’re supposed to be not straight!”
Fathi menjauhkan wajah (namun belum cukup jauh buat Raniaa), tergelak perlahan. “Jadi, itulah khabar angin di kolej kita yang buatkan budak-budak perempuan di situ dah tak ganggu saya, seteruk selalu. Akhirnya… ada jawapan. Hmm, but too bad… I am very much straight, just like you.”
Fathi mendekatkan bibir ke telinga di balik tudung itu. “And, you’re gonna find it out soon, sweetheart. Very soon.”
“Oh God…” Raniaa palingkan wajah yang mula merona jauh dari bibir Fathi. Sebelah tangannya menutup separuh muka. Terlebih faham makna pemuda ini.
Pemuda itu tertawa gatal dekat di telinga Raniaa.
* * *
“Kak Nia, what’s wrong with you?” Raahah tampar kuat lengan Raniaa, yang menundukkan muka dengan sebelah tangan menutup wajah. Siap buat bunyi macam mengeluh dan menggatal lagi.
Raniaa tersedar. Juga perasan. Dia sedang mengulang semula aksi sama yang dilakukannya ketika pertemuan pertama dengan tunangnya, yang bakal menjadi suaminya esok. Dan, gelak gatal Fathi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia tak pun tahu Dr. Fathi tahu gelak. Dah tu, gelak gatal pula!
“Nia, okey tak?” tanya Raisya mengaut jemari tangan Raniaa. Digenggam.
Raniaa angguk. “Gemuruh kut…”
“Nia betul-betul tak nak kahwin dengan dia ke?”
Raniaa renung Raisya. Kakaknya lebih bimbangkan keadaan dan penerimaannya berbanding Raahah.
Untuk Raahah, topik ini serius namun masih menjadi usikan. Kerana Raahah lebih mahu lihat dia menjadi isteri berbanding mencari jalan cabut diri. Raisya, kakaknya itu juga mahukan yang sama. Namun Raisya lebih mahu tahu penerimaannya pada perkahwinan ini.
“Nia dah tak boleh buat apa, kakak. Perkahwinan tu akan berlaku esok. Nia tak nak jadi runaway bride macam Julia Roberts tu. Cumanya… Kenapa satu bulan? Kalau ada lebih masa, Nia tahu Nia boleh lebih usahakan sesuatu!”
“Hah! Kan Aha dah kata!” Raahah menepuk kedua-dua tangan serentak, mendadak.
“Apa?” Raniaa kehairanan.
“Sepanjang Kak Nia ‘hilang’ dari sini tadi, itulah yang Aha dan kakak bincangkan. Kita bertiga ni macam kena satu curse. One month curse! Kakak dulu kahwin, macam itulah… tak lebih sebulan dah diwajibkan jadi isteri abang. Aha pun sama. Sekarang giliran Kak Nia.” Raahah mengetuk-ngetuk dagu. Kata tengah fikirkan penemuan!
“Huh, bagus! Penemuan Aha, one month curse. Penemuan amma, tak seorang pun daripada anak-anak dia kahwin dengan lelaki berdarah India.” Raniaa mendengus.
Raisya dan Raahah sama-sama ketawa. Lebih lucu kenangkan penemuan amma kerana sampai sekarang amma masih tidak puas hati, walau di balik itu amma selalu senyum kerana mereka berdua bahagia sebagai isteri dan amma juga pasti Raniaa akan mengiringi.
“Mmm, apa pula penemuan Nia?” Sengaja Raisya menduga. Mahu mengusik, namun tidak dijangka adiknya itu turut lakukan satu penemuan baru!

“Nia bakal kehilangan kawan baik!”

9 ulasan:

nas chuare @ miss qs berkata...

cepatnyer diaorg nak kahwin!akak, rania umur brape,ek?

Bikash Nur Idris berkata...

Nas. Raniaa umur 21/22 tahun tak salah. Alah, tak ingat yang exactlah. Tapi around situlah :)

nas @ miss qs berkata...

ee...nak jugak bace citer ni!...tapi duit fail bila nak transfer ke akaun akak.......sedihnyer...

Bikash Nur Idris berkata...

Nas. Tak apa. Nanti-nanti pun boleh... :)

Tanpa Nama berkata...

dah mmg xde sambungan ke kak???

Bikash Nur Idris berkata...

Tak ada dah... :)

Jae Ezzra Martinez berkata...

this novel still boleh beli ke??

Bikash Nur Idris berkata...

Jae Ezzra Martinez, boleh pesan online daripada saya @ Fajar Pakeer.

Noor Apizah berkata...

sis, novel nie ada lagi x?