03 Oktober, 2011

.: atas nama cinta [bab 1] :.

GENELIA memandang sekelilingnya. Sirna di samping suaminya, Hasif yang baru dinikahi semalam. Mereka kelihatan begitu gembira ketika berbisik-bisik mesra. Sesekali Sirna mengerling manja pada Hasif yang tersenyum nakal. Hanya mereka yang faham bahasa mereka itu. Kalau boleh dia tak mahu faham sebab dia yakin dia tak cukup umur untuk tahu. Sirna dan Hasif sudah lama mendapat gelaran pasangan paling romantis semenjak kisah cinta mereka mula berputik lagi.

Matanya beralih pula ke arah Aiza yang semenjak tadi berusaha untuk menjarakkan duduknya dari suaminya, Izam yang turut menjadi suaminya yang sah semalam. Namun usahanya semenjak 15 minit tadi tidak membuahkan sebarang hasil kerana Nazira tidak sedikit pun mahu bangkit dari pangkuan ibunya. Hendak tak hendak Aiza terpaksa mengalah dan membiarkan sahaja dirinya berada rapat di sisi Izam yang galak meraba leher Aiza bila disangkanya tiada sesiapa yang perasan. Sedangkan dia cukup jelas dengan adegan itu, semenjak 15 minit lalu.

Pandangan Genelia akhirnya terlontar pada Haryani dan Fitri, yang sudah sebulan mendirikan rumah tangga kerana mereka tidak sesabar kedua pasangan tadi. Haryani dan Fitri kini sedang bertelagah mulut tentang sesuatu, dia tidak pasti apa. Namun adegan ini sudah selalu dilihat olehnya malah dia mampu meneka apakah adegan seterusnya. Kan betul katanya! Haryani sudah mula teresak dan Fitri mula kalut memujuk dan mengusap seluruh wajah Haryani tanpa segan-silu demi memujuk racun dan penawar hatinya nan satu itu. Kalau ditengok dari gaya mereka, macam Fitri pula yang sepuluh tahun lebih mencintai Haryani, bukan Haryani.

Genelia menghambur keluhan kecil. Setiap sudut rumah Mak Lijah ketika ini hanya disinari dengan cahaya kegembiraan. Seperti yang dirancang, perkahwinan Sirna dengan Hasif serta Aiza dengan Izam dijalankan serentak semalam. Meriah benar Kampung Dang Setia bila kedua teman baik itu sama-sama naik pelamin. Malah yang paling seronok adalah Suria dan Hafis yang tak henti-henti tersengih. Hafis hanya berhenti tersengih bila berselisih dengan Fitri. Entahlah, musuh tradisi gamaknya dia orang. Buatlah apa pun, gitu gak…

Bila melihat mereka-mereka di sekelilingku bahagia, salahkah jika aku turut mengharapkan cebisannya?

Mama, papa… kenapa tidak faham keinginan hati Lia ini? Lia mahukan kegembiraan serta cinta yang sarat sebagaimana yang ditemui oleh Kak Sirna, Kak Aiza, Suria serta Yani. Salahkah jika Lia tanamkan hasrat hati sebegitu? Maafkan Lia, mama, papa. Lia terpaksa lakukannya. Bukan untuk menderhaka atau kurang ajar pada mama dan papa, sebaliknya untuk menjauhkan diri daripada semua ini—yang mama dan papa harapkan daripada Lia. Ampunkan Lia…

6 cakap-cakap:

adela berkata...

tgk akak post ANC trus sy pi gugel kt kotak bwh katil.. hahaha... dh khatam brapa kali ntah..

i wanna gleam berkata...

comelnye cover ! nak beli nnti. cerita pun mcm best. :D thanks bikash nur idris ! :)

Bikash Nur Idris berkata...

Adela. Suka ayat awak. Gugel. Ehehehe. Eh, ada letak bawak katil dalam kotak pulak?

Bikash Nur Idris berkata...

Wanna. TQ sukakan covernya. Ada masa nanti boleh dapatkan. Harapnya akan enjoy membacanya ;)

'yAnA' Cute berkata...

wahhh..sinopsis ANC nie mcm best..
kerinduan nak baca novel dtg kmbli neh..hehe..
Yg nie pn da terbit kan akak...
nak...!!

Bikash Nur Idris berkata...

Yana Cute. Ya, dah terbit. Dah lama dah & masih di pasaran kalau nak dapatkannya.