Nov 9, 2009

.: terima kasih, iris ixora :.

Pagi Ahad tu, bagai dirancang kami selamat tiba ke rumahnya. Walaupun lambat setengah jam sebab pusing sana, pusing sini cari rumahnya. Akhirnya bertemu mata jugak dengan Iris Ixora. Gara-gara nak sangat jumpa sebelum dia terbang kembali ke Istanbul.

Hos pagi Ahad yang sentiasa ceria dan periang. Membuatkan kami yang berkunjung jadi selesa sangat. Kak Iris yang peramah... muah, muah, muah!

Kak Iris berkongsi cerita dan Hafirda tekun mendengar. Apa Kak Iris cakap tu, sampai berkerut muka awak, hah?

Ni ceramah pagi sambil jamuan pagi laksa johor dan kuih-muih yang pelbagai. Kak Irislah tukang ceritanya dan yang lain tukang gelak dengar lawak Kak Iris yang selamba ya-ya!

Ni pulak round ke-2. Gamat lagi suasana!

Bergambar di pekarangan rumah Kak Iris. Boboi masuk sekali tanda jasanya dikenang. Bukan jasa kau, Ika, tapi jasa Boboi. Ahaks!

Apabila yang rendah mahu tinggi :P

Cover novel baru siapa ni?

Katak ni tak jadi putera pun... :(

Terima kasih untuk Iris Ixora. Seronok duduk berbual dengan akak, harap akan ada peluang kedua, ketiga & seterusnya. Safe journey ;)

Pulang ke pangkal jalan!

4 Jejak Sapa:

PinQib said...

Iris ixora,., sedap nama., nama betul ko?

Bikash Nur Idris said...

PinQib,
Itu kenallah tanya orangnya. Jenguk blog dia dan tanya ;)

Iris said...

Salam Bikash,

Kak Iris yang berterima kasih kerana sudi menjenguk akak dan sabar mendengar celoteh akak tentang semut dan lalat hahahaaaaa...Harap sudi bertemu lagi untuk episod yang seterusnya...Salam manis buat Ika,Aleya dan Firda.

Bikash Nur Idris said...

Kak Iris,
Salam. Hahaha, pantang betul dgr perkataan semut dan lalat. Rasa nak gelak guling2 :P

Insya-Allah, ada episod seterusnya, kita akan jumpa juga.