Jul 14, 2009

.: nak? :.

Gatal nak kongsi...

BERBAJU serba putih (baju kebaya pula tu!), dengan tudung serta net yang merimaskan, Raniaa merangkak ke arah pintu. Perlahan-lahan daun pintu dibuka dan dia menjenguk. Hidung saja yang terjulur keluar, lain masih tersembunyi.

Mujur juga biliknya sedikit ke belakang dan agak tersorok dari ruang tamu. Tapi tidaklah sampai dia tak boleh hendak lihat apa yang jadi di luar sana. Dia boleh lihat batang tubuh-tubuh yang mengisi ruang tamu rumah itu.

Berapa lori punya geng yang turun? Macam penuh aje! bisik hati Raniaa.

Tapi dia peduli apa! Dia sudah pun berfikir panjang semalaman, sampaikan tak tidur. Sebab itulah sepanjang disolekkan oleh kakak dan Aha tadi dia hanya mendiamkan diri. Pasrah terima nasib. Malah, sewaktu kakak dan Aha membantu dia memakai baju kebaya ini pun dia hanya merelakan. Reda terima takdir.

Lakonannya itu lebih berjaya sebab dia betul mengantuk dan letih. Lagipun dia malas mahu berbalah sebab nak kumpul tenaga. Daripada buang sisa yang ada, baik dia himpun. Upgrade!

Apabila yakin tiada pihak ruang tamu yang perasan akan hidung mancungnya yang tersua, dia keluarkan kepala. Batang leher dialih ke bahagian dapur pula. Telinga dipaksa mendengar. Tiada sebarang bunyi mahupun pergerakan malah tiada juga sesiapa boleh dipandang mata di situ.

Dia rasa mahu buat tarian lega. Namun dia paksa diri, tahan perasaan itu. Dia tak akan boleh melepas lega atau lakukan tarian lega selagi dia belum berjaya keluar dari rumah ini.

Pintu ditolak perlahan-lahan dan dia sama bangun. Berhati-hati, dia menginjak kaki pada rumah papan itu. Tidak mahu ada bunyi terhantar kepada pihak ruang tamu yang masih seronok berbicara dan gamat ketawa. Macam ada pelawak tengah buat aksi sarkas pula.

Lantaklah! Dia hanya mahu larikan diri. Dan, bila tiba di bahagian dapur, sebaik keluar dari pintu belakang, menyarung selipar baba yang besar, dia mula lari. Mendesup ke bahagian belakang rumah. Ke arah dusun buah mereka di mana dia tahu ada satu tempat persembunyian yang baik punya.

Tempat Raahah selalu berehat-rehat kini jadi tempat dia selamatkan diri.

Kain baju kebaya yang menghadang langkah diangkat tinggi dengan tangan kanan manakala tangan kiri pada kepala, menghalang net serta tiara kecil di situ daripada tersungkur. Dia tidak boleh tinggalkan sebarang kesan atau jejak.

Namun dia lupa pada saksi!

Lelaki itu melihatnya, bersama tawa besar—dan dia sedikit pun tidak sedar!

Gatal nak tahu... Rasa nak terus baca tak?

24 Jejak Sapa:

pu3syakira said...

maunya xnak trus baca? bila along nak sambung balik nie? nak sy smbung kan ke? hehe

Hanny Esandra said...

nak2!!! jgn seksa pembaca, alg! ekeke.. tgh gatal gedik nak tau ni.. kuikui..:-)

wanie AJ said...

Nak sesangat²... baru ckit je kasik dah teruja + ghairah tahap cipan...lmbat laei ke kuar? Alahai Bib, pas mms jer r kat aku...kuikuikui

Bikash Nur Idris said...

pu3syakira,
Sambungkan? Hehehe. Dah ada dah... tunggu nti eh...

Bikash Nur Idris said...

Hanny yang gatal gedik nak tahu, nti akan tahu juga ;)

Bikash Nur Idris said...

Na,
MMS? Hehehe... aku bg terus. Tak payah MMS eh...

Mummy Hanan said...

Hem..., knp lah berhenti kat situ...knp tak sambung terus...hehehe
buat suspen lah....

Bikash Nur Idris said...

kak leeya,
kena kasik hanging... nak tau reaksi kan...

Penulisan2u said...

nak laaa. please hati ini berkobar2 nak ketahui.. hehe

Bikash Nur Idris said...

Penulisan2u,
Berkobar sgt ke? Hehehe... Ada nti...

Princess Widelia said...

Hahh... Mcm best jer... Sajer tau dera we all semua... Biler nak kuar nie...

RinnTisan said...

amboi buat teaser ka?
aduih..
ni kes lari hari nak kawin ka.. siap ngan net & tiara bagai.
lari pakai baju pengantin lagi senang la org nampak macam... macam.. err macam ceri tengah kek. hehe.

this story made me smile.
thanks!

Bikash Nur Idris said...

Widelia,
Terdera ke? Hahaha. Bukan tujuan pun... Gatal aje...

Bikash Nur Idris said...

Rinn,
Ceri tengah kek? Hehehe...
Harap akan terus senyum... ;)

Princess Widelia said...

Bila Rinn ckp psl lari masa majlis kawen nie... Teringat plak kat babak Drama Mya Zara... Diapun larikan diri masa majlis nikah... X dera ya... Tp hakikatnya memang satu penderaan mental bg peminat2 setia karya Along... Nak kena telepon teledera nie... hehehehehehe

noorhayaty85 said...

nak lah...asal x smbng lagi?he3

Bikash Nur Idris said...

Widelia,
Hehehe... lari sebab Bukan Pilihan Hati. Tapi berjaya ke x...? ;) Nombor Teledera ujud lagi ke? :P

Bikash Nur Idris said...

noorhayaty,
Sambung... dlm novel :P

KOMIE AROON said...

sambung dlm novel??
laa sedihnye....

Bikash Nur Idris said...

komie aroon,
hehehe...

Anonymous said...

ap tajuk novel 2?bila kuar?xsabar la nk baca...

Bikash Nur Idris said...

anonymous,
insya-Allah, Bukan Pilihan Hati. terbit mungkin ogos.

wanita mustanir said...

nak?

ini untuk novel apa ya??

Bikash Nur Idris said...

wanita mustanir,
nak eh? hehehe.
insya-Allah, utk yg akan terbit nti...