Okies!
PRINCESS REBORN is here!

Siapa yang tunggu dan sekian lama asyik tanya BNI, the good news is here.
Yippie! /(=✪ x ✪=)\
The theme of PRINCESS REBORN is pink. I loike. Tambah sebab pasangnya dipadan hitam.
Suka giler! (๑˃̵ᴗ˂̵)و
Oleh itu, dengan besar hati dan gediks santainya BNI buka oder untuk PRINCESS REBORN dan Dengan Nama Cinta.

PRINCESS REBORN
RM30 / RM33 | termasuk Poslaju

DENGAN NAMA CINTA
RM22 / RM25 | termasuk Poslaju

KOMBO - PR & DNC
RM50 / RM53 | termasuk Poslaju

E-mel untuk oder - bikashnuridris@hotmail.com
1. Subjek: PRINCESS REBORN
2. Subjek: DENGAN NAMA CINTA
3. KOMBO - PR & DNC

Special gift untuk y'alls. Muahsss banyaks!
Terhad untuk 100 terawal [take note].
Kenapa BNI jual Dengan Nama Cinta sekali ek?
Simple!
Dengan Nama Cinta, untuk yang tak tahu ada spin-off watak daripada Princess Reborn. Alah, kawan baik Nazira dan abang kepada Izat - IZAM & AIZA punya cerita ada masuk sini. Malah, ada sama Intan Nazira junior. Si kecik ni nanti akan jadi heroin ceritanya sendiri.
++ Insya-Allah, akan datang | Gadis Februari Lelaki September

Klik untuk sinopsis Princess Reborn & Dengan Nama Cinta


Jumaat, Oktober 17, 2008

Kau Sayangku ke Drama

Majlis: Pelancaran Drama Dari Mata Arisa
Tempat: Opis Bright Network
Pada: 16 Oktober 2008
Banner Pelancaran Drama Dari Mata Arisa, adaptasi daripada novel Kau Sayangku
Bersama bonda tercinta dan Fieda (Hafirda Afiela)
Peti harta karun; buah tangan daripada Bright Network
Pelancaran oleh Yang Berbahagia Dato' Adilah Sheik Omar (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Rancangan TV RTM)
Yang terlibat dengan drama Dari Mata Arisa
Saya bersama penulis skrip dan pengarah Dari Mata Arisa;
Sujiah Salleh & Mior Hashim Manap
Saya bersama Ayu Raudhah dan Syed Aiman yang menjunjung drama Dari Mata Arisa.
Pelakon-pelakon lain yang turut menjayakan drama Dari Mata Arisa.
Oh, yang lelaki tu adik saya yek...
Drama Dari Mata Arisa, 40 episod, 60 minit.
Jangan lupa; mulai 3 November, 9.00 malam, RTM1. Selamat menonton.


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

congratulation......

Bikash Nur Idris berkata...

thanks :)

You Editor berkata...

hallamak... bestnya, tahniah akak! sapa yg jd arisa ni? Ayu Raudah ke? Sy mmg minat tgk dia yg lakonkan!!! Akif zamani???

erm cianle dia, at the end arisa ilang ingatan... huhu!

Bikash Nur Idris berkata...

u editor,
terima kasih yek. ah, arisanya ayu raudhah. akif pulak syed aiman...

lilysuriani berkata...

tahniah!!

Mersik berkata...

Salamz Bikash,

Tahniah daun keladi. Semoga ianya akan lebih membangkitkan semangat untuk terus berkarya dengan lebih prolifik.

Mana tahu suatu hari nanti boleh mengikuti jejak langkah kak Pah (Sharifah Abu Salem) yang karya2nya sering dilihat dikaca tiwi dan di corong2 radio. Mudah2an..

Jom ngeteh2 ? hik hik

Bikash Nur Idris berkata...

kak lily, thanks...

mersik, amin... hehehe...

Tanpa Nama berkata...

loh, apasal akak punya mesej ilang? btw, TAHNIAH bikash!!!

kak aida adriani

Bikash Nur Idris berkata...

terima kasih, kak aida. mesej apa yg hilang ni? hmm...?

Rinn berkata...

tk nak ketinggalan jgk ucap tahniah :) tak sabarnya nak tunggu 3hb. betul ker lagu temanya 'dari kerana mata' R. Azmi?? comel!!!!

Bikash Nur Idris berkata...

rinn,
ya, betul ;)

malahan tajuk dari mata arisa tu pun sempena lagu tu... ikut kata penulis skripnyalah.

dS berkata...

Alamak?! Tahniah BNI, seronoknya! Jelez akak tau, semoga drama adaptasi ini sukses n terkesan di hati penonton. esok2 bila dh glamer, jgn lupa kat akak... ~_~

Bikash Nur Idris berkata...

apa pulak glamernya, kak. ikan gelama adalah. hehehe. terima kasih & hrp kata2 akak termakbul :)

dina berkata...

bikash...congratulations...
tak sabar nak tengok...

Bikash Nur Idris berkata...

dina, tq. sygnya x dpt jupe dina masa gath ari tu :(

Umi berkata...

bestnye...saya di spura baru dpt tengok drama ni di TV2. best skali. tahniah! jln cerita yg sungguh menarik.
Mmmm..nak cuba2lah berlakon dgn akif zamani.:)